admin No Comments

Apakah Penyakit Yang Mampu di Ubati Oleh Daun Belalai Gajah?

Daun Belalai Gajah mempunyai banyak kelebihan bagi orang yang mengamalkan pemakanannya. Pemakanannya adalah dari segi disaji sebagai ulam mahupun sebagai minuman (teh daun belalai gajah).

Yang paling baiknya ialah anda sendiri boleh menanam tumbuhan ini dan Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar.” [Riwayat al-Bukhari (5678)] . Kita hanya mencuba dan yang menentukan adalah Allah. Apa yang penting ialah kita berusaha dan asalkan usaha kita itu tidak memudaratkan diri, kita patut terus berusaha.
Teh Daun Belalai Gajah

Senarai Penyakit Yang Dapat diSembuhkan Oleh Daun Belalai Gajah Selain Haid Tak Teratur?


Mengikut kajian kami dari membaca artikel-artikel yang telah ditulis di dalam pelbagai blog-blog, senarai penyakit-penyakit tersebut adalah seperti berikut:

✪ ubat untuk penyakit tiroid
✪ ubat untuk penyakit kencing manis
✪ ubat untuk penyakit kanser
✪ ubat untuk penyakit darah tinggi
✪ ubat untuk penyakit gout
✪ ubat untuk penyakit buah pinggang
✪ ubat untuk sakit haid/senggugut
✪ ubat untuk haid tak teratur
✪ ubat untuk penyakit cyst
✪ ubat untuk penyakit fibroid
✪ ubat untuk penyakit lemah badan
✪ ubat untuk menyegarkan kulit muka
✪ ubat untuk masalah kulit
✪ ubat untuk masalah kolestrol
✪ ubat untuk detoxification (pembersihan racun di tubuh)
✪ ubat untuk sakit kepala atau migraine

Gunakan senarai diatas sebagai panduan. InshaAllah, penyakit-penyakit yang dialami akan beransur pulih asalkan kita amalkan dengan disiplin dan cara yang betul.


Apakah Faktor Motivasi Dalam Pengamalan Meminum Teh Daun Belalai Gajah?


Kalau difikirkan, kita sanggup berulang-alik berjumpa doktor dan menelan ubat tidak kira betapa pahitnya untuk mendapatkan semula kesihatan. Apa salahnya kita berikhtiar dan mendapatkan remedi tradisional asalkan ianya tidak memudaratkan.
Logo Daun Belalai Gajah
Bagi kami, cara yang paling mudah ialah dengan meminum teh daun belalai gajah. Daun belalai gajah yang berkualiti digunakan untuk membuat teh ini. Kesemua teh ini dijual dalam bentuk uncang jadi amat senang untuk dibawa kemana sahaja dan dinikmati pada bila-bila masa.

Hubungi Kami Untuk Memiliki Teh Daun Belalai Gajah

Kami juga pengguna seperti anda dan yang paling penting, kami juga manusia. Kami juga mempunyai beberapa masalah kesihatan. Alhamdulillah, masalah kami tidak kronik tetapi kami mempunyai banyak testimoni-testimoni dari pengamal teh daun belalai gajah kami. Mereka berjaya mengatasi masalah kesihatan mereka.

Alhamdulillah, ini semua terjadi dengan izin Allah. Daun belalai gajah kami hanyalah asbab kepada sembuhnya penyakit mereka. Kami amat terharu apabila mendapat berita-berita seperti ini dari pengguna kami. Kami doakan kesemua pengguna kami akan alami nasib yang sama apabila meminum teh daun belalai gajah kami – kesemuanya pulih. InsyaAllah.

Dapatkan Teh Belalai Gajah dengan menekan disini.

admin No Comments

Bagaimana Nak Menyelesaikan Masalah Haid Tak Teratur

Haid Tak Teratur

Adakah anda mengalami masalah haid tak teratur? Penyakit ini selalu dipandang remeh tetapi kita tidak dapat menyangkal yang ia mampu membuatkan kita pening kepala memirkirkannya. Apa yang paling menyedihkan ialah masalah ini selalu disimpan oleh tuan punya badan dengan mendiamkan diri.Haid Tak Teratur

Kami di Daun Belalai Gajah mengambil inisiatif untuk menerangkan kepada anda punca penyakit ini yang di petik dari The Malaysia Medical Gazette. Kami berharap moga anda dapat memahami keadaan ini dan dapat mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk mengubati dan menyelesaikannya. Moga dipermudahkan segala usaha anda. Amiin.

Pada wanita yang sering mengalami masalah haid tak teratur, anda jadi gusar apabila haid anda tidak kunjung tiba dan ini menyebabkan anda berfikir perkara yang bukan-bukan yang boleh memudaratkan diri anda. Kami telah mengambil inisiatif ini untuk memberikan sedikit ilmu yang telah kami pelajari supaya anda memahami punca kepada masalah ini dan fokus kepada penyelesaiannya.

Kitaran Haid Yang Normal

Untuk permulaan, anda kena tahu kitaran haid yang ‘normal’ untuk diri anda sendiri.

Kita semua adalah unik atau seperti anak saudara saya cakap, kita semua “limited edition” oleh yang demikian setiap seorang wanita mempunyai kitaran haid yang berbeza. Untuk mendapat kepastian anda kenalah buat sedikit kerja rumah (homework) iaitu mencatat hari-hari kedatangan haid anda pada kalendar dan juga tarikh bilanya haid berhenti. Masa yang anda ambil akan memberikan anda hasil kefahaman tentang corak atau kitaran haid anda. Dengan adanya informasi ini anda akan lebih memahami trend kedatangan bulan anda dari segi tarikh dalam bulan kalendar tersebut dan berapa hari haid tersebut berlaku. Jika anda mengambil tindakan seperti mengamalkan ubat-ubatan atau mengambil supplemen atau mungkin anda sedang mengamalkan pengambilan ubat-ubatan tradisonal, anda boleh melihat sendiri jika ada penambahbaikan atau sebaliknya. Ini penting untuk mengetahui jika ubat tersebut serasi dengan anda atau sebaliknya.

Untuk makluman, lebih 40% wanita gagal didapati gagal mengenal pasti tarikh hari pertama bermulanya haid mereka dan juga mereka tidak mengetahui jumlah hari kedatangan haid mereka. Mereka juga gagal mengenal pasti hari yang tepat untuk kedatangan haid yang seterusnya yang mungkin akan berlaku antara 28-35 hari. Kegagalan ini boleh menyebabkan kegagalan mengenal pasti “hari subur” mereka dan kesilapan dalam menganggar kedatangan kitaran haid yang seterusnya.

Kami menasihati untuk anda bertanyakan nasihat dari doktor jika ada perubahan yang abnormal untuk kitaran haid anda pada bulan tersebut. Kedatangan haid yang tak teratur mungkin petanda anda akan melalui menopaus ataupun adanya perubahan hormon badan yang memerlukan penyiasatan dan penilaian para doktor.

Penyebab Haid Tidak Teratur Setiap Bulan

Hamil (salah satu sebab kebanyakan)

Sebab ini adalah lazim dan tidak mungkin akan memeranjatkan sesiapa namun demikian, kekadang akan berlaku pendarahan pada awal kehamilan kepada sesetengah wanita yang sering kali dikelirukan dengan datang bulan atau haid dan ini menyebabkan tuan punya badan tidak menyangka yang dia sedang hamil. Kehamilan ini hanya boleh dikenal pasti degnang ujian air kencing untuk pengesahan.

Penyusuan BadanPunca haid tdak teratur

Jika anda mempraktikkan penyusuan badan untuk bayi anda, horman tubuh anda akan lebih mementingkan tubuh anda kepada penghasilan susu badan. Kajian telah mendapati bahawa ada ibu yang mengamalkan penyusuan badan langsung tidak dilewati oleh kedatangan bulan/haid sehingga satu atau dua tahun lamanya!

Menopaus

“Putus Haid” atau juga dikenali sebagai “Menopaus” bermaksud seseorang wanita itu telah mengalami pemberhentian datang haidnya. Perkara ini adalah biasa dalam kitaran hidup seseorang wanita dan kejadian ini akan berlaku apabila wanita tersebut didalam lingkungan umur 50 an. Sebelum menopaus berlaku, akan wujudnya pre menopaus yang mana dalam tempoh ini akan berlakunya kedatangan haid yang tak teratur. Ini berlaku disebabkan perubahan hormon didalam tubuh wanita tersebut. Haid tidak teratur akan berkemungkinan menjadikan waktu kedatangan haid berpanjangan atau mungkin terlalu pendek. Kemungkinan kitaran haid tidak datang langsung juga wujud buat beberapa bulan tetapi wujud semula kemudian.

Berpunca Dari Masalah-masalah Kesihatan Lain

Penyebab haid tak teratur yang lain adalah berkemungkinan dari masalah=masalah perubatan yang lain seperti masalah kelenjar tiroid, diabetic (kencing manis) yang serius, ketumbuhan fibroid dan cyst, Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) dan sebagainya. Nasihat doktor adalah diperlukan untuk mengenal pasti masalah yang sedang anda hadapi dan samada haid tak teratur anda adalah berpunca dari masalah-masalah yang dinyatakan di sini.

Ketidakseimbangan hormon estrogen akibat dari kegemukkan ataupun obesiti boleh juga menyebabkan gangguan kepada kitaran haid dan menyebabkan kedatangan haid yang tak teratur.

Tekanan Perasaan/Emosi

Tekanan perasaan atau pun masalah emosi boleh membuatkan kedatangan haid seseorang itu terhenti sekali gus. Jikalau anda melakukan kegiatan fizikal yang melampau seperti senaman berlebihan yang boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang drastik atau mungkin kehilangan berat badan anda berpunca dari masalah pemakanan ini semua akan menyebabkan kitaran haid yang tak teratur. Kami disini menasihatkan agar anda berunding dan memberitahu doktor anda dan luahkan tentang masalah emosi anda yang mungkin berpunca dari tempat kerja, sekolah/universiti ataupun di rumah.

Masalah Berpunca Dari Ubatan

Anda mungkin terpaksa mengamalkan memakan ubat-buatan untuk penyakit atau masalah perubatan yang lain dimana ini akan memberi kesan kepada kitaran haid anda yang menyebabkan kedatangan haid anda tak teratur. m Ubat penenang, pil perancang keluarga, ubat penyakit sawan, pil hormon dan sebagainya boleh jadi penyebab kepada permasalahan kitaran haid anda. Jika ini berlaku, and perlu berbincang dengan doktor anda. Doktor anda akan tahu tindakan yang sepatutnya diambil dan jangan kita membuat keputusan sendiri untuk memberhentikan pengambilan ubat-ubatan tersebut. Jangan lupa untuk memberitahu doktor anda jika anda juga mengamal pengambilan jamu, pil kurus atau ubat-ubatan penyakit lain yang boleh memberikan impak yang sama iaitu gangguan terhadap kitaran haid anda.

Kesuburan Tidak Terjejas

Walaupun kedatangan haid anda tak teratur, ini tidak semestinya bermaksud anda tidak subur dan tidak boleh mengandung. Namun tidak dapat dinafikan ada dikalangan wanita yang mungkin menghadapi masalah untuk mengandung kerana keadaan ini. Oleh yang demikian adalah lebih baik jika anda cuba tumpukan sedikit usaha untuk memperbaiki keadaan ini.

Kami mengesyorkan anda mengamal pengambilan Teh Daun Belalai Gajah setiap hari untuk menyelesaikan masalah ini. Teh herba ini mampu menolong anda dengan hanya meminum seuncang teh setiap hari. Teh daun belalai gajah tidak mengandungi sebarang bahan kimia, pengawet, pewarna dan diproses secara semula jadi. Lawati testimoni daun Belalai Gajah di sini dan insyaAllah masalah anda dapat diubati.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, silalah hubungi kami di “Hubungi Kami“. Kami akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda dan menjawab sebarang persoalan yang anda ada.