admin No Comments

Cara Membuat Teh Belalai Gajah

Cara Membuat Teh Belalai Gajah

Cara Membuat Teh Belalai Gajah

Artikel ini mengajar bagaimana cara membuat teh Belalai Gajah walaupun DaunBelalaiGajah.com menjual Teh Daun Belalai Gajah dalam bentuk sachet yang telah siap diproses. Sekotak teh mengandungi 20 sachet tersebut yang mana pada kebiasaannya boleh bertahan selama 20 hari kalau diambil tiap-tiap hari kepada individu yang sihat atau berpenyakit yang tidak serius. Namun begitu ada yang tertanya-tanya cara membuat teh belalai gajah kalau mereka mempunyai pokok belalai gajah yang ditanam dirumah mereka. Alhamdulillah, jika anda mempunya tanah atau ruang untuk bercucuk tanam.

Kami di DBG tidak lokek ilmu. Pembalasan baik akan diperolehi dari Allah. Oleh yang demikian admin ingin berkongsi beberapa cara untuk mengambil atau minum khasiat daun belalai gajah ini.

Cara membuat teh belalai gajah adalah mudah. Mula-mula ambil  dalam sepuluh helai atau lebih daun belalai gajah atau juga dikenali sebagai Sabah Snake Grass dalam Bahasa Inggeris, kemudian ikuti langkah-langkah dibawah:

  • bersihkan daun-daun Sabah Snake Grass tersebut dengan air yang ditapis atau air yang telah dimasak. Jangan sekali-kali air paip digunakan kerana kandungan klorin didalam air tersebut mungkin akan menghilangkan khasiat daun belalai gajah tersebut.
  • selepas dibasuh dan anda berpuashati dengan kebersihannya (kami nasihatkan agar anda bertanya jika ada racun yang digunakan dari penjual daun tersebut untuk memastikan tahap kebersihan yang diperlukan jika bukan anda yang menanam pokok tersebut) anda rendamkan daun tersebut dalam air panas.
  • rendmkan daun-daun tersebut selama 15 minit dan minum
  • amalkan meminum teh ini sekerap 3 kali setiap hari
  • setelah daun-daun tersebut digunakan untuk membuat teh, daun-daun yang telah direndam boleh dimakan

Dengan Bismillah, InsyaAllah akan akan merasakan perubahan positif dalam diri anda. Selain dari berkongsi cara membuat teh Belalai Gajah, kami juga ingin mengambil peluang ini untuk berkongsi bagaimana jika anda mahu membuat jus Belalai Gajah.

Cara Membuat Jus Belalai Gajah

Jus Belalai Gajah

Untuk membuat jus Belalai Gajah anda perlukan beberapa perkara seperti yang dicatit dibawah:
a) Daun Belalai Gajah (jumlah daun ini bergantung kepada tahap penyakit yang dihadapi. Info ini ada ditulis dibawah)
b) Epal Hijau (sebiji)
c) Jus Lemon (setengah biji)
d) Ketulan Ais (jika anda minat mimuman yang sejuk)
e) Blender

Jumlah daun Belalai Gajah yang patut diguna pakai untuk membuat jus atau teh bergantung kepada tahap atau level penyakit yang dihidapi oleh pesakit ketumbuhan atau kanser. Kalau mengikut carta ini, berikut adalah jumlah daun Belalai Gajah yang disyorkan. Kalau tiada penyakit atau penyakit yang tidak serius yang mana inidividu ini meminum jus atau teh Belalai Gajah hanya untuk memastikan kesihatan terjaga 10 helai setiap hari sudah memadai.

Level 1 – 30 helai daun setiap hari
Level 2 – 50 helai daun setiap hari
Level 3 – 100 helai daun setiap hari
Level 4 – 150 hingga 200 helai daun setiap hari

Jika pesakit kian sembuh, jumlah kegunaan daun Belalai Gajah dalam pengambilan harian haruslah dikurangkan kepada jumlah yang disarankan. Amalan pengambilan jus atau teh haruslah diteruskan walaupun sudah sihat.

Kita kembali kepada pembuatan jus Belalai Gajah.
a) Masukkan air yang telah dimasak atau ditapis kedalam blender. Paling kurang 2 gelas air diperlukan. Ini dilakukan apabila daun Belalai Gajah tersebut telah siap dibasuh. Sekali lagi diperingatkan, jangan membasuh daun Belalai Gajah dengan menggunakan air pili/paip.
b) Campurkan beberapa ketul ais kedalam blender (2-3 ketul ais)
c) Masukkan pula setengah biji jus lemon
d) Kemudian masukkan daun Belalai Gajah mengikut sukatan level pesakit
e) Akhir sekali masukkan buah epal hijau yang telah dibuang kulitnya, dipotong lapan dan biji keluarkan

Blend kan kesemuanya sekali hingga menjadi halus dan terus minum. Mengikut petua, waktu yang paling berkesan untuk minum jus ini bagi pesakit kanser ialah pada pukul 3 atau 4 pagi kerana dipercayai pada waktu ini kanser tersebut tidak aktif.

Admin mendoakan agar penyakit yang anda hadapi dapat disembuhkan. Moga anda sihat sentiasa.
Amiin.