admin No Comments

Antioksidan Belalai Gajah

Antioksidan Belalai Gajah

Minum Teh Belalai Gajah

Ramai yang tidak tahu akan wujudnya antioksidan belalai gajah malah mesti ramai yang tertanya-tanya apakah erti antioksidan itu sendiri. Antioksidan merupakan suatu zat yang berpotensi bagi mencegah serta memperlambatkan proses oksidasi. Antioksidan bertindakbalas dalam memperbaiki sel tubuh badan yang mengalami kerosakan disebabkan oleh radikal bebas. Antioksidan dalam Belalai Gajah adalah tinggi lebih-lebih lagi pada daun Pokok Belalai Gajah kalau dibandingkan pada batangnya. Oleh yang demikian, ramai mengusahakan untuk membuat teh dari Daun Belalai Gajah atas sebab ini.

Seperti yang kita sedia maklum pola makanan yang tidak sihat dan tidak teratur, kawasan persekitaran yang tercemar atau mengalami pencemaran teruk, asap rokok merupakan sebahagian dalam proses kehidupan kita tetapi ia juga adalah penyebab utama wujudnya oksidasi ataupun radikal bebas. Pembentukkan radikal bebas yang berlebihan dalam tubuh boleh melemahkan kekuatan tubuh dengan serangan yang ditujukan kepada sel dan organ sehingga mengundang pelbagai penyakit seperti Alzeimer, kanser, penyakit jantung kolonari, strok, arthritis (radang sendi) katarak (penyakit mata), asma, radang usus dan penuaan pada diri.

Berdasarkan kajian oleh saintis Moses Gomberg, radikal bebas dapat didefinasikan sebagai molekul yang tidak stabil di dalam sel, yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan di orbit luarnya dan bersifat reaktif untuk mencari pasangan elektronnya yang kebiasaanya “dicuri” dari sel-sel badan dan akhirnya mengakibatkan penuaan berlaku. Terdapat juga teori oleh Denham Harman dari University of Nebraska Medical Center di Omaha, Amerika Syarikat pada tahun 1956, di mana beliau menyatakan bahawa penuaan yang dialami dalam tubuh seseorang itu adalah disebabkan oleh serangan oksidasi dari zat- zat perosak.

Terdapat banyak manfaat tersembunyi sebenarnya yang mungkin kita tidak sedar sekiranya kita mengamalkan pengambilan makanan yang mengandungi sumber antioksidan yang tinggi ini antaranya adalah mampu mencegah Darah Tinggi Belalai Gajahpenuaan pada diri, menguatkan sistem kekebalan dalam tubuh dan menjaga kesihatan mata. Sehubungan itu, pengambilan makanan ini amat penting untuk diterapkan dan diamalkan setiap hari. Sebagai contoh, pengambilan makanan/ minuman dari pokok – pokok herba yang diperkenalkan oleh nenek moyang kita sejak dulu lagi. Walaupun amalan ini kelihatan kuno ataupun ketinggalan zaman namun bilangan peminat herba ini semakin bertambah apabila mereka mula membuka mata dan dapat menerimanya sehingga kini khususnya pada mereka yang mementingkan kesihatan. Pengambilan teh herba seperti Teh Daun Belalai Gajah tidak sukar. Anda hanya mengambil seuncang teh, masukannya kedalam gelas dan tuangkan air panas. Dalam sekelip mata antioksidan belalai gajah yang anda perlukan mengalir kedalam tubuh anda. Percayalah kami bahawa menghindar dari penyakit adalah jauh lebih baik dari cuba mengubatinya.

Antioksidan Belalai Gajah

Antioksidan Belalai Gajah Membantu Melambatkan Proses Penuaan.

Daun belalai gajah merupakan satu contoh yang jelas kita ketahui sebagai daun herba yang mempunyai antioksidan yang tinggi dan sangat mujarab untuk mengubati pelbagai masalah yang dialami ramai orang diluar sana antaranya adalah merawat kanser, mengatasi aliran darah yang tersumbat, membuang segala toksin dalam badan, mengatasi masalah keletihan yang teruk, mengatasi radang prostat, mengatasi penyakit kencing manis dan mengatasi masalah tekanan darah tinggi.

Daun belalai gajah juga semakin mula terkenal khususnya di media sosial sejak orang ramai mula mengetahui khasiatnya dan menyakini keberkesanannya melawan pelbagai penyakit dan peratusan carian semakin bertambah dari semasa ke semasa. Daun belalai gajah juga kini amat mudah untuk diamalkan sebagai minuman herba harian kerana telah dihasilkan dalam bentuk uncang teh. Uncang teh belalai gajah ini boleh diminum dengan hanya menambah segelas air panas sebelum diminum teh tersebut. Amalan ini amat bagus diamalkan dan dijadikan sebagai salah satu rutin makanan/ minuman mereka setiap hari bagi memastikan kesihatan tubuh badan sentiasa dalam keadaan terbaik dan terhindar dari penyakit berbahaya.