admin No Comments

Tabung Harapan Malaysia

Tabung Harapan Malaysia
Kami di Daun Belalai Gajah terpanggil untuk menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia yang telah ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia atau Ministry of Finance (MOF) tiga hari yang lepas. Kami di Daun Belalai Gajah tidak mengamalkan pengambil bahagian untuk menyatakan sokongan terhadap mana-mana parti politik malah lebih suka dikenali sebagai “Mr Switzerland” didalam perkara ini kerana kami hanyalah peniaga-peniaga kecil yang tidak mampu untuk melakukan apa-apa perkara yang kontroversial mahupun memberi pendapat yang popular atau sebaliknya kepada keadaan politik semasa.

Tabung Harapan Malaysia adalah inisiatif kerajaan semasa dan jika kewangan negara berada didalam keadaan yang membimbangkan, adalah menjadi tanggungjawab setiap warganegara untuk membantu sedaya upaya untuk memulihkan keadaan.

Kami pasti kerajaan sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kesilapan-kesilapan yang telah ia lakukan tidak akan berulang dan selesaikan masalah hutang negara yang tinggi ini secepat mungkin. Kami terkenang semasa sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan dimana Allahyarham Tunku Abdul Rahman telah menerima sumbangan dari orang ramai supaya beliau boleh ke London untuk berunding dengan Kerajaan British untuk memerdekakan Malaysia. Yang pasti, kita orang Malaysia selalu bersatu-padu apabila keadaan negara berada didalam keadaan terdesak.

Kami amat berbangga menjadi rakyat Malaysia!

Kami Menyokong Tabung Harapan Malaysia

Jika ini diperlukan oleh negara, kami akan menyokong sepenuhnya. Kami akan cuba sedaya-upaya untuk membantu setakat mana kami berupaya. Ini adalah selaras dengan Rukunegara yang mana kami lafazkan disetiap perhimpunan pagi di sekolah kami iaitu:

Tabung Harapan Malaysia

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN;
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA;
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN;
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG;
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Kesetiaan memanggil kami untuk menyumbang dan InsyaAllah kami akan lakukan yang sebaik mungkin samada melalui syarikat kami ataupun secara individu.

Kami dengan ini mengishtiharkan untuk menderma MYR 5.00 untuk setiap kotak Teh Daun Belalai Gajah yang kami jual. Walau ia tidak banyak tapi kami amat berbangga kerana kami dapat berbakti kepada negara yang tercinta. Kami doakan negara kita ini cepat pulih dan dapat membayar hutang-hutangnya untuk masa depan anak-anak kita.

Marilah kita bersama-sama menyumbang kepada kesejahteraan, keamanan dan pembangunan negara.

1 Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *