admin No Comments

Khasiat Daun Belalai Gajah Yang Ramai Tidak Tahu Lagi

Daun Belalai Gajah

Malaysia kian hari kian maju. Dalam mengejar kemajuan, kita telah melupai ubat-ubat tradisional yang jauh lebih baik dari kebanyakan ubat moden zaman kini. Ubat-ubat tradisional malah mendapat nama buruk kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang menambah bahan-bahan kimia kedalam ubat-ubat tradisional mereka yang mereka jual.

Ini menyebabkan berlakunya alahan atau side effect kepada pengguna. Sesungguhnya iaitu pada kebiasaannya, tidak ada ubat atau makanan tambahan (supplement) yang begitu mustajab sehingga memberi kesan positif kepada pengguna dalam masa yang amat singkat (immediate effect) jika tidak ditambah bahan kimia untuk memberi tindak balas secara serta-merta tetapi tanpa mereka (pengamal) sedari akan membawa kemudaratan di dalam jangka masa panjang.

Anda kini mempunyai pilihan untuk memilih ubat-ubatan moden atau ubat-ubatan tradisional sepertimana anda mempunyai hak untuk memilih samada untuk tunggu penyakit hinggap atau mengatur langkah berjaga-berjaga supaya penyakit tidak kerap menghinggap atau tidak menghinggap sama sekali di badan anda.

Badan kita adalah ibarat kereta. Kita menghantar kereta kesayangan kita untuk memastikan ia sentiasa berfungsi dengan baik dan sempurna. Kita juga menjaga kereta kita untuk memastikan ia bertahan lama dan terus berbakti kepada kita. Sebagaimana kita menjaga kereta kita, begitu jugalah kita patut menjaga badan kita.

Semasa sihat, jagalah badan dan makan dan minumlah makanan yang boleh menyihatkan badan kita dan bukan sebaliknya.

Daun Belalai Gajah Sebagai Penawar

Belalai Gajah dalam Bahasa Inggeris ialah Sabah Snake Grass. Daun Belalai Gajah sebenarnya adalah herba yang amat mustajab bagi banyak penyakit. Ia menjadi amalan untuk negara Thailand, China, Indonesia dan Vietnam. Herba ini kini makin kembali popular di Malaysia kerana telah wujud banyak testimoni-testimoni dari pengamal meminum herba ini. Penyakit-penyakit yang dimaksudkan adalah penyakit seperti:
a) Kanser
b) Buah Pinggang
c) Darah Tinggi
d) Gout
e) Haid Tak Teratur
f) Haid Sedikit
g) Haid Tidak Lancar
h) Cyst
i) Fibroid
j) Badan Lemah Tidak Bermaya
k) Kelihatan Tua sebelum waktunya
l) Masalah Kulit
m) Masalah Kolestrol
n) Detoxifikasi (membuang racun dari tubuh badan)
o) Sakit Pinggang
p) Sakit Kepala atau Migraine

Penyakit-penyakit diatas adalah atas testimoni-testimoni dari orang seperti anda yang telah mengamalkan meminum teh herba ini dan telah mengalami perubahan yang positif keatas penyakit-penyakit yang mereka hadapi.

Khasiat Daun Belalai Gajah

Daun Belalai Gajah

Teh daun belalai gajah pada kebiasaannya diproses secara semulajadi. Ini bermakna teh herba ini tidak mengandungi unsur-unsur seperti berikut:
a) Bahan Kimia
b) Bahan Pengawet
c) Bahan Pewarna

Herba ini juga mengandungi antioksidan yang amat tinggi. Kehadiran antioksidan memberi herba ini kandungan vitamin-vitamin A, C dan E. Apa yang paling penting yang perlu disebut disini ialah kandungan antioksidan yang tinggi ini terkandung didalam daun pokok belalai gajah. Oleh yang demikian daun ini menjadi teh herba yang amat mustajab dan oleh kerana rasanya yang tidak keterlaluan dan boleh diterima oleh kebanyakan orang (malah ada yang telah biasa meminum air teh cina akan mengatakan rasa teh ini amat sedap atau setaraf dengan rasa teh cina) maka teh ini diamalkan meminumnya.
Anda juga tidak perlu meminum teh ini beberapa kali setiap hari, cukup setiap pagi kepada orang yang tidak Daun Belalai Gajahmempunyai penyakit atau penyakit yang tidak serius. Untuk meminum teh ini adalah mudah. Anda hanya perlu tuang air panas dan minum. Jangan ditambah gula atau susu. Mengikut petua, jika ditambah gula atau susu, mustajab daun belalai gajah ini akan berkurang.

Bagi yang sihat, minum 1 uncang teh herba ini setiap hari untuk mencegah penyakit-penyakit yang tidak diingini.
Bagi pesakit yang tidak sirius atau kritikal, minumlah satu ke dua uncang teh ini setiap hari.
Bagi pesakit yang sirius atau kritikal, minumlah tiga hingga empat uncang teh setiap hari.

Kesan Sampingan Daun Belalai Gajah

Anda pasti tertanya-tanya jika ada kesan sampingan apabila anda mula mengamal pengambilan Daun Belalai Gajah. Jawapannya memang ada kesan sampingan. Kesan sampingan ini bergantung kepada setiap individu dan penyakit yang telah berjangkit kepada individu tersebut. Kesan sampingan yang telah dikongsi kepada kami (dan juga dialami kami semasa mula-mula mencuba amalan ini) adalah:
a) Kerap Berpeluh
b) Kerap Buang Air
c) Pening
d) Haid/Datang bulan yang Berpanjangan kepada individu yang mempunyai masalah dalaman
e) Badan akan Terasa Panas (tetapi tidak keterlaluan)
f) Badan akan Terasa Lenguh-lenguh

Tetapi jangan risau, kesan sampingan ini akan terasa selama seminggu sahaja pada kebiasaannya. Ada juga pengamal teh ini tidak ada tindak balas sampingan kerana individu tersebut sihat dan beliau mengamalkan pengambilan teh herba ini berdasarkan “Health is Wealth” atau sebagai penjagaan kesihatan,
Kesan positif pengambilan kepada badan anda bergantung kepada setiap individu juga. Paling cepat anda akan berasa berlainan (kelainan yang positif yang berjaya mengawal penyakit anda) dalam masa seminggu. InsyaAllah. Testimoni Daun Belalai Gajah ada kami paparkan didalam laman web ini. Kami berharap anda membacanya. Teh herba yang serba asli ini boleh banyak membantu menguatkan badan anda dan menolong anda hindar dari penyakit-penyakit yang tidak diingini malah untuk mengamalkannya juga mudah. Anda hanya perlu minum seuncang teh herba ini setiap hari.

Saya sebenarnya amat menggemari teh daun belalai gajah ini. Saya akan berasa tenang apabila menikmati teh ini setiap hari.

Dimana Nak Beli Pokok Belalai Gajah?

Anda tidak perlu susah-susah untuk menanam pokok ini dan memproseskan daunnya untuk dijadikan teh herba anda sendiri melainkan anda mempunyai banyak masa yang terluang. Syarikat kami menjual teh herba ini yang memang tersedia untuk diminum. Anda hanya perlu tuangkan air panas dan biarkan teh tersebut berendam selama 15 minit sebelum dinikmati sebagai minuman kesihatan anda.

Teh Daun Belalai Gajah

Untuk membeli teh ini, anda hanya perlu membuka akaun anda (register) didalam laman ini. Selepas anda telah mendaftar akaun anda dan mengisi butir-butir peribadi seperti alamat untuk kami menghantar teh herba ini, anda bolehlah membeli teh ini di laman “Tempahan” kami. Selepas itu setiap langkah pembelian anda akan dibimbing oleh laman ini secara automatik.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, anda bolehlah menghubungi kami di laman ini “Pengenalan Diri” dan isikan kotak “Hubungi Kami” dibahagian bawah mukasurat laman ini. Jika anda perlu berbicara, nombor talipon kami tertera di laman utama “Home” di bahagian atas sekali. Anda boleh menalipon kami atau menggunakan Whatsapp untuk hubungi kami. Kami akan melayan segala bentuk kaedah yang anda bakal gunakan kerana kami sedar, kejayaan kami adalah kerana pelanggan kami dan kami akan cuba sedaya upaya untuk memastikan pelanggan-pelanggan kami akan mendapat servis yang terbaik dari pihak kami.