08:30 – 17:30 

Monday to Friday

60 Nipah Emas

11900 Bayan Lepas, Penang

08:30 – 17:30 

Monday to Friday

60 Nipah Emas

11900 Bayan Lepas, Penang

Pengenalan Diri

Team Daun Belalai Gajah (Sabah Snake Grass)

Pada mulanya kami hanya mengamalkan meminum Teh Daun Belalai Gajah atau dalam Bahasa Inggeris Sabah Snake Grass Tea kerana kami telah diperkenalkan kepada khasiat Belalai Gajah ini oleh seorang pengusaha ladang pokok ini.

Apabila kami mengamalkannya kami sendiri merasakan perubahan positif keatas diri kami seperti yang telah diceritakan oleh pengusaha ladang pokok Belalai Gajah/Sabah Snake Grass tersebut. Perubahan positif tersebut termasuklah badan yang dulu terasa lemah dan tidak bertenaga kembali bertenaga, haid yang datang tidak menentu kini sudah pulih dan tiada lagi sakit-sakit seperti kekejangan perut (stomach cramps) semasa datang bulan.

Atas kesedaran ini, kami menyampaikan berita tentang khasiat Teh Daun Belalai Gajah atau Sabah Snake Grass Tea kepada kaum keluarga dan rakan taulan. Disebabkan kesibukan dan oleh kerana kami mengamalkan meminum Teh Daun Belalai Gajah ini, kami sering diminta untuk membelikan stok teh ini untuk mereka. Pada satu tahap tempahan kami kepada pengusaha ladang tersebut adalah banyak dan pada masa ini pengusaha ladang tersebut mengesyorkan kami menjadi wakil jualannya.

Dari sinilah bermulanya sejarah kami dalam menceburi jualan Teh Daun Belalai Gajah. Syarikat kami kini berusia lebih empat tahun walaupun kami telah menceburi jualan teh ini lebih sepuluh tahun. Banyak pengalaman telah kami tempuhi dalam penjualan teh ini. Kami pelajari dan mengingati segala yang baik. Kami sedar bahawa pelanggan adalah segalanya dan kami bertekad untuk menjadi sebuah syarikat yang menjual barangan yang bermutu yang memberi fokus utama kepada kepuasan pelanggan.

Teh Daun Belalai Gajah 100% Tulen
Our Sabah Snake Grass Tea is 100% Original

Kami berterima-kasih atas sokongan anda dan kami bersyukur kerana selain dapat membuat perniagaan secara kecil-kecilan, kami mampu menolong menyebarkan berita baik kepada semua lapisan masyarakat tentang ubat tradisional atau ubat herba yang tidak mengandung sebarang pengawet atau bahan kimia yang 100% tulen, tanpa pewarna yang mampu mengubati banyak penyakit dengan hanya mengamal meminumnya setiap hari.

Pada kami, kita hanya mampu berusaha dan Allah yang menentukan. InsyaAllah, setiap penyakit yang kita hadapi ada ubatnya. Kita perlulah bersabar dan terus berusaha sambil yakin akan dipermudahkan segala kesulitan dan masalah yang sedang kita hadapi.

Kami berdoa agar tuan-tuan dan puan-puan akan merasakan khasiat Teh Daun Belalai Gajah ini secepat mungkin apabila anda mengamalnya.

Amiin.

Norasma Muhamad
Founder & CEO
Asziemi Herbs

Beliau berasal dari Butterworth, Pulau Pinang. Pengalaman bekerja di bahagian pentadbiran dan perakaunan. Mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan pada tahun 2008.

Fokus utama adlah untuk memberikan manfaat kepada masyarakat dan memberi kesedaran betapa pentingnya kesihatan. Beliau amat percaya kepada kata-kata “Health is Wealth”.

Teh Asziemi kini mempunyai pengedar di seluruh Malaysia, Brunei dan juga Singapura.

Farah Hassan
Co-Founder of EraMaya Solution
Partner to Asziemi Herbs

Berasal dari Kluang, Johor beliau amat meminati bidang perniagaan dan setelah menimba pengalaman dalam bidang perusahaan, logistik, penjualan dan pemasaran buat beberapa tahun, beliau kini sedamg berusaha membina perniagaan beliau sendiri. Pn Farah Hassan berfungsi untuk mengurus bahagian jualan dan pemasaran dalam kerjasama ini.

Maureen Joseph
EraMaya Solutioin Co-Founder
Partner to Asziemi Herbs

Berasal dari Pulau Pinang, pengalaman beliau adalah pada perakaunan. Beliau mempunyai lebih 22 tahun pengalaman dalam mengurus perakaunan dalam sektor pengilangan. Beliau memegang jawatan CFO (Chief Financial Officer) dalam EraMaya Solution dan bertekad untuk memastikan kerjasama dengan Asziemi Herbs berjalan dengan jayanya.

Kooke Arifin
EraMaya Solution
Partner to Asziemi Herbs

Beliau berasal dari Kuala Terengganu tetapi dibesarkan di Pulau Pinang. Beliau berpengalaman dalam bidang pengurusan, jualan dan pemasaran secara fizikal dan juga pemasaran digital. Beliau bertanggungjawab untuk mengendalikan tugas-tugas ICT didalam kerjasama ini termasuklah kerja-kerja pemasaran digital.

Jika Anda Ada Sebarang Pertanyaan Silalah Hubungi Kami.

Top
WhatsApp chat