Daun Belalai Gajah
Daun Belalai Gajah
Nama saintifik ialah Clinacanthus Nutans yang merupakan spesis tumbuhan dalam keluarga tumbuhan Acanthaceae. Bahasa Malaysia mengenali tumbuhan ini sebagai Belalai Gajah manakala dalam Bahasa Inggeris, ia dikenali sebagai Sabah Snake Grass.
Tumbuhan ini bukan sahaja terkenal sebagai ubatan tradisional di Malaysia malah juga terkenal di negara-negara lain seperti di Thailand yang mana namanya dipanggil sebagai Phaya Yo, Ki Tajam untuk Sunda, Dandang Gendis untuk Jawa.
Daun Belalai Gajah digunakan dengan meluasnya di Malaysia, Indonesia, Thailand dan China untuk masalah menstrual, cirit-birit dan diabetes (kencing manis).
Ubatan tradisional yang menggunakan Daun Belalai Gajah adalah untuk menyembuhkan penyakit fungus (antifungal), gigitan ular (cytotoxic), kusta (leprosy), masalah haid tidak menentu atau sakit apabila haid (menstrual problems) dan menguatkan antibodi kerana ia mengandungi antioxidant seperti vitamin A, C dan E. Penyakit-penyakit yang dikatakan boleh disembuhkan dengan meminum herba ini ada dinyatakan dibawah karangan ini.
Kita perlu berusaha untuk menguatkan tubuh badan kita dan amalan meminum Teh Daun Belalai Gajah adalah satu tindakan yang amat positif dan patut dijadikan tabiat seharian. Namun segalanya ditentukan oleh Allah, kita sebagai manusia biasa hanya boleh berusaha.
Adakah kedatangan haid anda tidak menentu? Mungkin anda akan mengalami kejang perut (stomach cramps) yang amat sangat apabila datang bulan? Atau mungkin anda bermasalah fibroid atau cyst? Amalkan minum Teh Daun Belalai Gajah setiap hari, InsyaAllah minuman ini dapat membantu anda dengan masalah anda.
Vitamin A, C and E

Daun Belalai Gajah mengandungi vitamin A, C dan E. Ia membantu menguatkan antibodi anda secara semulajadi. Teh Belalai Gajah kami tidak mengandungi bahan pengawet langsung dan kesemua proses adalah secara tradisional. Amalkan minum Teh Daun Belalai Gajah setiap hari untuk memastikan kesihatan sentiasa dijaga.
Ubati Kanser

Teh Daun Belalai Gajah turut dikatakan mempunyai antioksidan yang mana mampu menguatkan immunisasi badan yang mengamal meminumnya. Selain dari penyakit-penyakit yang telah dinyatakan, Daun Belalai Gajah turut dikatakan boleh mengubati Radang Prostet (Prostate Cancer).
Ubati Fibroid & Cyst

Selain mengubati Radang Prostet, unsur yang sama juga yang terkandung didalam Daun Belalai Gajah dikatakan boleh mengubati penyakit Fibroid dan Cyst yang selalunya menghantui kaum wanita. Amalan meminum Teh Daun Belalai Gajah amatlah mudah. Hanya satu uncang diperlukan untuk usaha menjauhi penyakit-penyakit yang dinyatakan.
Kawal Tekanan Darah

Tekanan Darah Tinggi atau Hipertensi adalah satu penyakit yang amat biasa dikalangan orang Malaysia. Pemakanan kita setiap hari termasuk cara hidup kita membuatkan kita amat terdedah kepada penyakit ini. Daun Belalai Gajah walau bagaimana pun mampu menghindari anda dari penyakit ini. Kita perlulah mengamal meminumnya setiap hari.
Belalai Gajah Dalam Lapuran Media
Kenapa Mesti Anda Memilih Kami?
>10
Tahun Pengalaman
>1000
Pelanggan yang Berpuashati
>500kg
Daun Teh Telah DiJual

Teh Bermutu Tanpa Pengawet, Pewarna atau Bahan Kimia.

Kami Berpengalaman dan Professional.

Kami Fokus Kepada 100% Kepuasan Pelanggan

Testimoni Kami Adalah Bukti Komitmen Kami.
Kami Menerima
